Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum semua. Kalau kalian semua nak tahu 30 Mac lalu,genaplah 2 tahun perkahwinan Kak Zara and her beloved hubby, Mr Hafiezy.Tahniah Diya ucapkan atas pembinaan masjid yang sangat kukuh ni.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan ini merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)
'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '
(An-Nisa':1)
Kak Zara tinggal di Sabah. Diya pula dekat Kedah.Uhhh.Memang tak dapat la nak delivery ucapan tahniah Diya secara live..Hujung dunia bertemu hujung dunia.Ahaaha. Alhamdulillah dengan blogging dapat juga Diya sampaikan =)
Apa-pun Diya nak ucapkan tahniah sekali lagi buat pasangan Kak Zara and hubby for your 2nd anniversary.Bila tengok gambar-gambar photoshoots kak Zara dengan hubby, rasa jealous sangat.Rasa macam nak kahwin jugak :P (university pun tak lepas lagi =_=' )
Ucapan Diya pun Mr and Mrs Hafiezy :
Happy 2nd anniversary Diya ucapkan.Selamat menempuh kehidupan bersama-sama hingga ke nafas terakhir. Langit tak selalunya cerah,ada kalanya hujan.Tetapi hujan itulah yang akan memunculkan pelangi yang indah =)
Bila tengok dua burung merpati ni, tak nampak macam diorang dah 2 tahun kahwin.Macam baru kahwin je. Mood baru kahwin tu mesti still ada kan? Mesti hari bahagia masa pakai baju kahwin tu masih terbayang-bayang lagi. Jadi Diya nak tujukan lagu ni,buat kak Zara and hubby.
Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana
Pabila sedang bersanding
Jangnnlah suka menjeling
Menjadi raja sehari tersenyum
Nampak berseri tenangkanlah hati
Dengan kesyukuran
Sabar menghadapi tempuh
Diya ambil dekat ig kak zara pic ni =)
Salam
assalammualaikum.. Zara dtg bw peserta. terima kasih meriahkn mini ga pertama kami dan terima kasih atas tadahan doa.. amin yarabbal amin =') SERIOUSLY.. terharuuu.. all the best
ReplyDeletetq kak zara
ReplyDelete