1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.



2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting. Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ? adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain. Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.



3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut2 jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!


4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau. Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali ke dua!



5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak. Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak. Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku. 

Kredit : Remaja @ Karangkraf