Dapat dress dari The Roselle

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 
Hey hey there!baru-baru ni Diya ada dapat maxi dress dari The Roselle sebab Diya menang contest Casual photography (ehh ye ke tajuk contest tu.ermm lebih kurang la :p )

Owner The Roselle yang baru ni,Sis Mimi. Ya Allah seriously,baik gilerr orangnya.Reply message kita on time kot.,First time Diya negotiate dengan owner kedai yang baik macam ni


Taraaa inilah maxi dress tu.Cantik kan??Mustard gitu





Material dress ni cotton.Sangat selesa + tak panas. Dah tu kalau pakai dengan tudung,boleh mix colour,purple,black,pink..semua match la!


Ni lah hasilnya bila DIya pakai.Alhamdulillah muat.hehheh
*Best part dalam pic ni,actually Diya snap pakai timer,tengok-tengok result tak nampak muka.cehh penat pose.Then bila nak tangkap balik,battery kong.Adesss.Sorry ya Sis Mimi :P

Korang nak jugak?


Price: RM 55.00
Availability: In Stock
Model: LD2364 POLKA DOT DRESS MUSTARD
Weight: 0.65kg

LENGTH: 137CM
BUST: 74CM
SHOULDER: 36CM
SLEEVE: 59CM
SIZE: FREE SIZE,FITS UP TO M
MATERIAL: COTTON



Ohh ya,ni nak promote sekali.Sekarang ni,Sis Mimi ada buat giveaway share and win.Jemput semua join ya

Nak join? click gambar atas ya



1 - Like page The Roselle 

2 - Share gambar ini 
3 - Komen "Saya nak baju raya baru dari The Roselle 

Hadiah:
1 x baju dari koleksi kami
Pemenang akan dipilih secara random

Tarikh tutup pada 2 Ogos 2013

Thanks Sis Mimi




Credit:



 photo sain_zpsee968bcf.png

RAMADHAN SHORT SEGMEN BY SYIERA

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 
klik banner
http://sayasyiera.blogspot.com/2013/07/ramadhan-short-segmen-by-syiera.html

Jemput join,syarat simple sangat


 photo sain_zpsee968bcf.png

Dapat shawl dari Kak Jue

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png :
Hey hey there! Salam semua...

So,Diya rasa semua orang hampir 95% persiapan raya dah nak siap kan? Alhamdulillah kalau macam tu.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT jugak,menjelang raya ni,rezeki banyak yang datang.

Hadiah kali ni daripada seorang ibu,iaitu Kak Jue.Diya menang GA birthday akak Jue haritu.

Soo inilah hadiahnya..







Memang cantik sangat shawl yang Kak Jue kasi.Diya paling minat dekat pattern shawl ni.Sophisticated sangat.


Korang semua jom la visit blog Kak Jue.Banyak benda-benda baru boleh dapat.Meh2



 photo sain_zpsee968bcf.png

MEGA GIVEAWAY : Indahnya Islam by Nurul Nizam

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 

Assalamualaikum

Pertama sekali DIya nak ucapkan terima kasih sangat2 dekat Nurul dan para sponsor yang menjayakan Mega Giveaway ni.

Memang lain sangat Mega Giveaway ni dengan Giveaway yang pernah DIya join sebelum2 ni.
Kenapa? Sebabnya Mega Giveaway kali ni , Nurul nak ajak semua orang hayati makna sebenar di balik Islam.

Jadi disebabkan tema GA ni ialah Jom Dakwah,jadi kat sini Diya nak share sikit dengan korang semua mengenai DAKWAH


BERDAKWAH KE JALAN ALLAH

(Allah Ta’ala berfirman,
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Fushshilat: 33)
Sesungguhnya menunaikan kewajipan dakwah ilallah ( dakwah kepada Allah ) dengan menghadapi kejahilan, kezaliman dan kerosakan yang mendominasi jiwa manusia merupakan tugas yang sangat berat. Tetapi pada saat yang sama dakwah merupakan misi yang sangat mulia dan terhormat sebagaimana ditegaskan oleh Allah.

“Siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah?”
Yakni orang yang menyeru umat manusia kepada kebenaran dan dia sendiri mengaplikasikan apa yang diserukannya kepada orang lain. Dia bukan termasuk jenis orang yang menyeru kepada kebaikan sedang dirinya sendiri tidak pernah melakukannya, atau mencegah kemungkaran sedang dirinya sendiri justru ikut melakukan kemungkaran tersebut, tetapi dia adalah orang yang berdisiplin untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta menyeru manusia kepada Sang Pencipta mereka.
Ayat ini berlaku untuk semua orang yang menyeru kepada kebaikan sedangkan mereka juga komitmen untuk mengaplikasikan apa yang diserukannya kepada orang lain.

(2) UMAR BIN KHATTAB PEMBELA HAK ASASI WANITA ( tarikh )

Umar bin Khattab : “ Pada suatu hari waktu aku menghadapi satu masalah, isteriku ikut campur bercakap. Pada mulanya aku marah menerimanya, lalu aku berkata kepadanya :

“ Mengapa kamu ikut menyusahkan dirimu dengan mencampuri urusanku ?”

“ Sungguh hairan , ya Ibnal-Khattab ! Apakah tidak boleh , aku mencampuri urusanmu ? Sedang anakmu sendiri ( Hafsah , isteri Nabi ) ikut mencampuri urusan Nabi, meski Nabi marah kepadanya sepanjang hari lamanya “.

“ Kemudian aku berangkat mengenakan pakaian, menuju ke rumah Hafsah ( isteri Nabi ) ,. Aku berkata kepadanya :

“ Wahai anakku ! Apakah benar kamu mencampuri urusan Nabi, sehingga baginda marah sepanjang hari lamanya ?”

“ Demi Allah ! Memang benar saya ikut bicara tentang urusan Nabi “.

“ Anakku ! Aku peringatkan kamu akan seksaan Tuhan kerana marahnya Nabi. Janganlah kamu meniru Siti Aisyah yang sememangnya kecantikannya amat mengkagumkan Nabi “.

Barulah setelah bertemu dengaqn Nabi Muhammad Saw. , Umar bin Khattab mendapatkan penjelasan yang sebenar, bahawa kebebasan wanita , dan keikutsertaannya mencampuri urusan Nabi saw. Di dalam segala hal duniawi ( keduniaan ) , bukanlah kerana meniru-niru wanita Ansar, dan bukanlah bererti mereka tidaki sopan melawan suaminya. Tetapi memang demikianlah hak-hak asasi yang dianuti Islam terhadap kaum wanita. M eraka mempunyai hak bersuara, menjadi ahli mesyuarat disamping atau bersama-sama kaum lelaki didalam segala urusan, mulai dari urusan rumahtangga sampai urusan masyarakat dan Negara.

Umar bin Khattab yang pada mulanya amat meremehkan kaum wanita, dan sangat ketat terhadap mereeka , justeru pada akhirnya dialah yang tampil membela hak-hak asasi kaum wanita .


(3) MUHAMMAD SAW. : PEMBAWA TRANSFORMASI ( tafsir )

Allah Swt. berfirman yang maksudnya : “ Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). ( QS ar-Rum ayat 41 )


Ayat tersebut menggambarkan situasi dunia dulu dan sekarang ini dalam rangkaian ayat al-Qur’an Surah ar-Rum 41 , telah dan sedang terjadi pelbagai bentuk kerosakan dalam kehidupan manusia .

Muhammad Saw. sejak menjadi Rasulullah Saw. bersama-sama para sahabat baginda telah mengorak langkah untuk membawa perubahan ( transformasi ) dalam aneka ragam kerosakan yang melanda manusia di bumi ini , di antara tahun 610M sampai wafatnya tahun 632M.

Di antara kerosakan ( al-fasad ) yang amat ketara ialah dalam 5 bidang kehidupan manusia :

(1) Bidang keimanan ( aqidah )

Secara ringkasnya , dapat dijelaskan bahawa dalam bidang keimanan , Rasulullah Saw. telah membawa umat manusia kembali ke pokok pangkal iman ( aqidah ) yang murni yakni Tauhid, iaitu supaya manusia hanya menyembah Allah sahaja sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

(2) Bidang martabat manusia

Muhammad saw. telah mengisytiharkan bahawa manusia itu bermartabat tinggi (bermaruah ) sehingga nyawanya pun tidak boleh dicabut demikian sahaja tanpa sesuatu sebab yang mustahak ( yang sebenar ) . Malahan setiap manusia amat ditegah membunuh dirinya sendiri. Begitulah tingginya martabat manusia , dan tiada perbezaan antara lelaki dan wanita. Termasuk pembunuhan bayi dan anak perempuan turut dilarang atau diharamkan.

(3) Bidang kehidupan mental

Rasulullah saw. telah menghancurkan benteng kongkongan akal ( minda ) manusia yang selama itu dilakukan kepada orang awam oleh para penguasa yang terdiri daripada para bangsawan dan pendeta tinggi , sehingga sebahagian manusia pada masa itu tidak boleh melahirkan hasil-hasil buah fikirannya yang sihat dan bermanfaat bagi kepentingan masyarakat, bangsa dan Negara. Tekanan demi tekanan dikenakan ke atas mereka oleh pihak atasan , sehingga pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan menjadi lumpuh dan terhenti diseluruh lapisan masyarakat dunia.

(4) Bidang kehidupan material

Rasulullah saw. telah merombak dan merobah segala bentuk pencaharian rizki yang tiada halal menjadi pencaharian rizki dengan cara-cara yang ditetapkan dan diredai oleh Allah swt. Segala tindakan : merampas, merompak, mencuri , menimbus, melakukan riba , memberi dan menerima rasuah dan sebagainya, yakni system “ tujuan yang menghalalkan cara “ apapun bentuknya, langsung telah diharamkan sama sekali.

(5) Bidang pembangunan keluarga

Rasulullah saw. membawa satu system perkahwinan yang jelas dan tegas. Adat kebiasaan yang terjadi selama itu, seperti kahwin dengan anaknya sendiri, ataupun saudara kandungnya sendiri, demikian pula mewarisi isteri-isteri ayahnya sendiri, melakukan perkahwinan dengan ibunya sendiri, semuanya itu telah diharamkan .


Demikianlah gambaran singkat dan umum pelbagai bentuk perubahan yang ketara dan berkesan yang pernah dilakukan oleh Muhammad Rasulullah saw. dalam bidang kehidupan manusia di dunia ini bagi tujuan memartabatkan meraka sesuai dengan fitrah penciptaannya

Wallahu A’lam..


(4) SEJARAH PERMAINAN JUDI ( tazkirah )


Firman Allah swt. yang maksudnya : “ Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya “. ( QS al-Baqarah ayat 219 )



Perkataan “ judi “ , yang dalam al-Qur’an disebut “ al-maisir “ , menurut bahasa barasal dari perkataan “ al-yusr “, bererti “ mudah atau senang “ . Dan pengertiannya mengikut syarak ialah, sepertimana yang dilukiskan oleh A.Yusuf Ali dalam Tafsir “ The Holy Qur’an“ – ialah memperoleh sesuatu dengan cara mudah atau senang , mengambil keuntungan tanpa bekerja dengan jalan perjudian “ ( getting something too easily, getting a profit without working for it, hence gambling). 


Sejarah ringkas.


Menurut sejarah , permainan judi itu dilakukan pada zaman dahulu oleh orang-orang yang masih terkebelakang ( primitive ) , yang belum cerdas fikirannya. Bentuknya mengandungi karakter “ bergantung kepada nasib untung-rugi seseorang “. Cara yang dilakukan masih amat primitive (kolot ) iaitu : sekelompok orang yang berharta ( hartawan ) membeli beberapa ekor haiwan untuk disembelih . Daging haiwan itu dibahagi-bahagikan menjadi 28 tompok. Ke 28 tompok itu dibahagi dan diberi nama di atas nama 10 berhala, dengan menggunakan nombor 1 sampai dengan nombor 10. Kemudian diundi dengan mencabut nombor . Jika keluar nombor 1 , maka pemegang nombor tersebut mendapat bahagian 1/28 tompok daging haiwan itu. Yang mendapat nombor 2 mendapat 2/28 tompok daging, dan demikianlah seterusnya naik setingkat demi setingkat sampai kepada nombor 7 . Pada nombor 7 sudah habis semua tompokan daging yang 28 tompok itu. Dengan demikian sesiapa yang menarik nombor 8, 9 dan 10 tidak mendapat bahagian sama sekali, walapun mereka telah mengeluarkan wang ringgit ( modal ) yang sama untuk membeli haiwan-haiwan itu .


Cara perjudian primitive dari zaman jahiliyah itulah yang diperkembangkan oleh manusia (primitive moden ) sampai sekarang ini , dipoles dan dipermodenkan dengan cara-cara atau teknik-teknik canggih , sehingga dikenali dengan berbagai nama dan jenama “ jackpot” , “ casino “, “ toto “ , “ big four “ atau “ nombor ekor “, “ pin ball “ dan sebagainya .


Islam mengharamkan semua itu apapun bentuk dan caranya, dengan firman Allah Swt. yang menyatakan : “ di dalamnya ada dosa besar meski ada manfaatnya terhadap manusia “. ( QS al-Baqarah ayat 219 ).


Manfaatnya hanyalah sekadar kesenangan untuk sementara sifatnya , laksana “ atamorgana“ yang menipu, cepat lesap dan menghilang , begitupun kenikmatannya sangat sementara. Namun bahayanya adalah menyeluruh, merosakan mental, jiwa merana, badan sengsara, harta benda habis dan masyarakat hancur.


Seorang Profesor dari Massachussets Institut of Tecknology “ di Amerika Syarikat : “ Bangsa Amerika sekarang ini manghadapi satu bahaya kehancuran . Kalaulah Negara-negara yang belum ( dan sedang ) berkembang mencontohinya dengan cara membabibuta kepada apa yang kami kerjakan, maka mereka pun akan terancam pula oleh bahaya-bahaya yang kami hadapi sekarang ini “.


Yang dimaksudkan oleh Profesor tersebut ialah kehancuran dari dalam ( dalaman ) , iaitu kehancuran moral, akhlak dan sebagainya, yang hanya menitik beratkan pembangunan sekadar membangun gedung-gedung bertingkat, kilang-kilang , modenisasi Bandar dan kampong dan sebagainya.


Meski faktor-faktor penyebab kehancuran yang dimaksudkannya itu bukanlah semata-mata akibat judi, tetapi dikeranakan oleh akibat-akibat buruk yang serba kompleks dan menyeluruh , namun dalam satu hal adalah akibat kerosakan moral dan akhlak, merupakan api kecil yang lambat laun akan menjadi besar , dan akhirnnya boleh membakar diri ( memusnahkan ) segala yang ada, yang dimilikinya. Wallahu A’lam .


(5) DOA PANJANG UMUR ( tafsir )

Allah swt.berfirman yang mafhumnya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok ( akhirat ) dan bertaqwalah kamu kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu lakukan “. ( QS al-Hasyr ayat 18 ).

Di kalangan masyarakat kita , termasuk juga kita (?) khasnya pada bulan Sya’ban umpamanya ( Nisfu Sya’ban ) acapkali dibacakan Surah Yasin tiga kali disertai doa , diantaranya adalah doa “ panjang umur “ yang menjadi tumpuan harapan untuk lama hidup di dunia ini , meski tidak pernah memikirkan akibatnya. Bahkan kepada anak-anak kita pun dididik doa “panjang umur“ tersebut sejak dari kecilnya lagi dan selalunya menjadi pelengkap kegembiraan rumahtangga. Padahal tidak sedikit orang yang diperdayakan doa yang seumpama itu, kerana betapa jua usianya sudah lanjut, namun ia tetap bergantung pada doa tersebut untuk masa depannya, dengan erti masih ingin memiliki hayat yang lebih panjang lagi di dunia ini.

Lain halnya dengan Rasulullah saw., baginda berdoa yang bermaksud : “ Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bahaya malas dan usia sangat tua “. (HR Baihaqi).

Umar bin Khattab berdoa : “ Ya Allah , telah lemah badanku ini dan telah lanjut usiaku , sedangkan rakyat tambah berkembang, maka haraplah aku ini dipanggil menghadapMu (mati) ”. Beberapa minggu kemudian sesudah mengucapkan doa itu, Umar pun meninggal dunia.

Doa Umar bin Abdul Aziz , yang dikenali menolak doa umur panjang yang dibacakan untuknya oleh orang ramai, dan dibalasnya dengan harapan : “ Kalau hendak mendoakannya kepada Allah, doakanlah agar aku mendapat husnul-hal , yakni hari ini lebih baik dan bermanfaat daripada kemarin hendaknya dan begitu seterusnya “.

Wallahu A’lam.


( 6 ) HARI YANG LIMA ( tazkirah )

Para Ulama Tasawwuf membahagi hari kepada lima hari sahaja , bukan tujuh hari sepertimana yang kita sedia maklum, berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pertama : al-Yaumul-Mafqud ( hari yang telah lewat ) – saat yang telah berlalu, yang pergi dan tak kan kembali lagi. Disimpannya segala kerja, sikap dan fi’il perangai manusia , apakah ianya yang baik ataukah yang buruk . Dapatkah manusia menghitung dengan teliti, sudah berapakah ‘ al- yaumul-mafqud ‘ ini dilaluinya, bagaimana illustrasi kehidupan yang melekat pada dirinya ?

Kedua : al-Yaumul-Masyhud ( hari yang sekarang ini ) – apakah kita masih melihat matahari, menghirup udara ?. Apakah ia akan diisi dengan amalan-amalan baik, ataukah ianya hanya digunakan untuk enjoy bersuka ria , melepas selera dan bermanja-manja , padahal ia sentiasa berjalan.

Ketiga : al-Yaumul-Maurud ( hari esok ) – dimana manusia tidak mengetahui lagi, apakah hari esok itu memenuhi apa-apa yang diharapkan olehnya, masih dimiliki olehnya ? Siapakah yang menentukan bahawa ia masih akan hidup esok hari meski kesihatan terpelihara dengan baik , tetapi roh yang di dalam jasadnya tiada siapa yang menjamin.

Keempat : al-Yaumul-Mau‘ud ( hari terakhir hidup di dunia ) – sekiranya ia meninggal dunia hari Rabu umpamanya , itulah hari ‘ al-Yaumul-Mau’ud ‘ nya , yang ia tidak pernah mengetahui dan mengira-ngirakannya , tetapi ia pasti datang , sebab Ia Allah swt. Yang Maha Menentukan.

Kelima : al-Yaumul-Mamdud ( hari yang tiada akhirnya ) – berkepanjangan untuk selama-lamanya, iaitu hari akhirat yang semakin dekat menunggu kita. Inilah dia hari esok yang harus dibina pada hari ini , yang merupakan ruang dan peluang bagi kita, karunia hidup yang diberikan Allah swt. kepada kita , memanfaatkan ‘ al-Yaumul-Masyhud ‘ dengan sebaik-baiknya dalam arena amal ibadah dan perjuangan untuk Islam dan ummah Islam ke arah merealisasikan ‘ rahmatan lil-alamin ‘ .

Kata-kata bestari : “ Hari mendatang adalah lembaran hidup yang bersih , maka abadikanlah dia dengan bina upaya yang baik “.






sumber - Indonesian tumblr




Dakwah itu…

membina, bukan menghina
mengobati, bukan melukai
mengukuhkan, bukan meruntuhkan
menguatkan, bukan melemahkan
mengajak, bukan mengejek
menyejukkan, bukan memojokkan
mengajar, bukan menghajar
menasehati, bukan mencaci maki
merengkuh, bukan menuduh
bersabar, bukan gusar
argumentative, bukan provokatif
bergerak cepat, bukan sibuk berdebat
realistis, bukan fantastis
menawarkan solusi, bukan mengumbar janji
berlomba dalam kebaikan, bukan berlomba saling menjatuhkan



Apa yang Diya nak tekankan dekat sini ialah,dakwah dalam dunia moden hari ini,boleh dibuat dengan usaha-usaha moden menggunakan teknologi.

Tambahan pula,sekarang ni banyak sangat social networks yang boleh kita guna nak sebarkan dakwah.




Contohnya melalui  gambar dakwah & doodle 

Cuba tengok gambar-gambar di bawah ni,buktinya dakwah melalui gambar yang menarik semestinya dapat tarik minat orang untuk terus dan terus mendekati islam










Dakwah melalui doodle






Menarik dan cute sangat kan?

Akhir kata sebelum Diya tamatkan entri no,jom sama-sama kita berdoa!


"O Allah! I ask You for Guidance, Piety, Safety & Well-Being, and Contentment & Sufficiency" (HR. Muslim #2721)
Source: owhsomuslim.com

"O our Rabb, accept (our deeds)! Verily, you are The All-Hearer, The All-Knower" (Quran, Al-Baqarah (2) : 127 )
Source: owhsomuslim.com

"O Allah! Just as you have made my physical appearance beautiful, make my character beautiful as well" (HR. Ahmad VI/68, #155)
Source: Owh So Muslim (OSM)

Amin ya rabbalalamin

-Semoga doa kita dimakbulkan Allah SWT di bulan mulia ini-


Credit:
Hikmah.org
islamographics
tumblr
google
deviantart


Kata Nurul :) :

A true muslimah : never forget that Islam, which encourages her to look attractive under the permitted limits, is also the religion that's warns her against extravagance ^_^

 photo sain_zpsee968bcf.png

Dapat T-Shirt I Love KK dari Leods

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png
Hey hey there!! Ok lah act Diya dah dapat hadiah ni lamaa dah.Around last week.But since puasa,so faham-faham je la.Busy,letih , tak larat..semua ada.

Kali,ni Diya nak review hadiah yang Diya dapat dari Leods..Owner from walkstaic.blogspot.com
Orangnya baik,friendly.cantik dan entri blognya pun best.


 Masa mula-mula dapat parcel,terkejut sebab bukan dari Pos Msia.Bila tengok je,nama pengirim dah agak dah hadiah dari siapa.wipppiee!!



Taraa ni la yang Diya dapat.




And yang paling special Diya pernah dapat ialah card.greeting card from aussie.happy sangat!

Thanks Leods!! Truthly appreciated these lovely gifts!!


Jom la kawan-kawan terjah blog Leord



 photo sain_zpsee968bcf.png

Dapat Fashion Belt Dari Chantek Dress

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 
Assalamualaikum.Hey hey there! Salam Mubarak..Ok la today i'm back nak review hadiah yang Diya dapat tempoh hari.Hadiahnya ialah..Fashion Belt and vietnam keychain!! Yeayy alhamdulillah.Tapi Diya dapat ni bukan menerusi blog but via FB (status)



And the most special sebab keychain yang Diya dapat khas dari Vietnam.


Thanks Chantek Dress!!

Credits:



 photo sain_zpsee968bcf.png

Syawal Giveaway by Syazlia & FD

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png
Assalamualaikum.

klik banner untuk join

Senarai hadiah:
Peplum tribal x 3, skirt lycra x 1, pashmina x 1, shawl x 1, brooch x 3, topup RM10 x 2, topup RM5 x 3, duit Raya RM20 x 2












Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh..,
 Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., 
jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, 
Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. 
Mohon diberi kemaafan.



Salam Lebaran FD,Syazlia dan semua para sponsor!

 photo sain_zpsee968bcf.png