Assalamualaikum W.B.T.Syukur ke hadrat Allah SWT ,di bulan Ramadhan Al Mubarrak ni, Diya masih lagi diberi kesempatan,tenaga dan masa oleh Allah S.W.T untuk menulis blog,dan menyertai Giveaway by Ummumishkah,
Pertama sekali berkunjung ke blog Ummumishkah,rasa tenang sekali. Ibarat kita melihat ombak yang berbusa di lautan.Segala entri,penulisan Ummu Mishkah sangat luas.Seluas lautan yang terbentang di bumi ini.
Blog Ummu Mishkah 75% menceritakan mengenai wanita.Seorang ibu,wanita dan blogger.Kalau kita tengok di sidebar blog Ummu Mishkah pun,jelas tertera kategori-kategori yang sesuai dibaca oleh semua golongan terutamanya , golongan wanita yang sudah ataupun belum bergelar ibu.
Walaupun Diya masih lagi seorang pelajar,tapi Diya rasa senang sangat baca blog Ummu Mishkah.
Kenapa ya?
Mungkin kerana hasil penulisan tangan seorang ibu,membuatkan Diya sangat terhibur dan 'enjoy' membaca blog Ummu Mishkah.
Memetik daripada column About Me di blog Ummu Mishkah , Ummu Mishkah merupakan Ibu kepada lima anak yang berusia dari 1 hingga 9 tahun.. Jadi,Ummu Mishkah sudah berumah tangga dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan diredhai Allah SWT.Insyaallah
Mungkin sebab itulah,yang telah membuatkan hati Diya cair .Membaca blog seorang ibu yang mempunyai 1001 nilai islamik dalam diri. .Diya pun yakin yang pembaca semua tahu betapa mulianya seorang ibu di sisi islam.Jadi di sini,Diya nak kongsikan kepada semua sebuah hadis:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله من أحق الناس بحسن صحابتي ؟ قال : أمك ، قال ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : أمك ، قال : ثم من ؟ قال : ثم أبوك " . رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
Abu Hurairah telah berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku layan dengan baik seperti seorang sahabat?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." Dia bertanya lagi, "Setelah itu siapa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian ayahmu."
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)
Begitulah betapa pentingnya seorang ibu di sisi islam.
Waktu Diya tengah cari gambar-gambar(diatas) ,Diya teringkatkan lagu Your Mother oleh Rasheed Bhikha. Memetik lirik lagu tersebut,kita dapat melihat ibu merupakan insan ke3 yang patut kita hormati.
Lirik Your Mother:
Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Salah satu entry Ummu Mishkah yang telah berjaya menyedarkan saya ialah entrinya yang bertajuk
ALLAH Sedang Mendidik Saya...
Entri ini ditulis pada tahun lepas iaitu Monday, July 16, 2012
Bila baca sahaja,terus Diya sedar betapa susah dan peritnya tugas seorang ibu yang mempunyai tanggungjaswab terhadap suami dan anak-anak.Walaupun masih jauh perjalanan Diya untuk menjadi seorang ibu, tapi tulisan Ummu Mishkah dalam entri terbut yang paling saya tersentuh ialah :
Letih, penat, lelah sudah sebati dengan diri dan jiwa saya… kekadang air mata saya gugur kerana terlalu letih! Namun saya sedar sebenarnya Allah sedang mendidik saya! Mendidik saya untuk mengenali apa itu SABAR. Benarlah bila Allah memberi hanya Dia yang mengetahui hikmah di sebaliknya...Sangat tersentuh apabila seorang air mata seorang IBU gugur dalam mendidik anak-anaknya.
Namu saya yakin,anak-anak Ummu Mishkah mendapat didikan agama yang sempurna dan diredhai Allah kerana didikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa.Kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.
Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?
Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.
Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."
Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."
Tidak ketinggalan sebab mengapa saya suka baca blog Ummu Mishkah ini disebabkan produk-produk yang dijual oleh Ummu Mishkah.Iaitu Set Shaklee di bawah UM Health Sanctuary (boleh klik like ye)
.Antaranya ialah
Penawar period pain. |
~ Kebas-kebas
~ Sakit-sakit dan ngilu-ngilu badan
~ Sakit pinggang dan sakit belakang
~ Sakit lutut
~ Sembelit
~ Gastrik
Mampu merawat ulser, meningkatkan stamina.
Memperbaiki simptom PMS
Melambatkan menopaus dan memperbaiki simptom menopaus
Membantu meningkatkan kesuburan wanita
Membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
Merupakan ejen anti-oksidan
Memperbaiki inflamasi kulit dan masalah kulit
Menghalang komplikasi diabetis
Membantu proses pelangsingan
Menghalang tekanan darah tinggi
Mengelak msalah jantung.
Memperbaiki tekstur rambut yang bermasalah
Memperbaiki simptom PMS
Melambatkan menopaus dan memperbaiki simptom menopaus
Membantu meningkatkan kesuburan wanita
Membantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
Merupakan ejen anti-oksidan
Memperbaiki inflamasi kulit dan masalah kulit
Menghalang komplikasi diabetis
Membantu proses pelangsingan
Menghalang tekanan darah tinggi
Mengelak msalah jantung.
Memperbaiki tekstur rambut yang bermasalah
Banyak 'positive feedback' yang diterima apabila menggunakan produk-produk ni.
https://www.facebook.com/umhealthsanctuary |
Maklumat lanjut:
Jadi,memang terbukti Blog Ummu Mishkah menjaga setiap wanita.Kenapa? Kerana:
Akhir kata untuk Ummu Mishkah,semoga Ummu Mishkah bahagia disamping keluarga tercinta,perkahwinan kekal harmoni hendakNYA
Sekian:)
Wassalam
No comments:
Post a Comment
What do you think? Leave a comment :)