Contest tamat pada 24 Ogos 2013 :)
Assalamualaikum semua! Haa nampak tajuk tu? Cerita hari raya. Cerita hari raya Diya tahun ni beza sikit dari raya-raya sebelum ni.Kenapa? sebab Diya tahun ni SPM! Jadi raya pun cara orang SPM la :(
Tahun ni Diya ada ramai sangat saudara mara baru sempena raya.Teka apa? Buku-buku rujukan la.Hahaha. .Dari awal tahun lagi memang Diya dah agak raya 2013 ni,sangat 'special'. Yang paling bestnya banyak kata-kata lemang Diya dapat waktu bulan Ramadhan.Tension,muram,sedih semua campur sekali macam ketupat:)
This year raya kejap je tau! Sehari cukup pastu,study
-mak-
Tahun ni jimat belanja rumah,Masak sikit je sebab ko makan buku kan?
-along-
Raya2 jugak,tapi buku jangan ajak beraya sekali
-cikgu-
Itu la kata-kata lemang yang Diya dapat.Aduhai nasib ب_ب
(kenapa lemang? Sebab lemang kan dekat luar nampak mecam batang ,buruk je,tapi bila buka sedap sangat isi dia.Macam jugak dengan Diya , nampak susah sangat tak raya sakan tahun ni,tapi insyaallah hasilnya pun sedap juga {◕ ◡ ◕}
Tahun ni baju raya Diya tragic habis! Memang peristiwa berdarah la seumur raya. Cerita dia bermula waktu bulan Mei kot kalau tak silap.Abah belikan kain sut plain warna hijau pucuk pisang.Kemudian tiba-tiba dia kata tak jadi nak buat baju kain tu sebab warna tak berkenan di hati. Nak bagi kat orang,sayang sebab 1 meter RM 50 weihh!
Beli dekat Jakel.Masa tu,takde lagi baju Melayu Aaron Aziz,kalau ada fuhh glam habis abah! . Jadi Diya pun tengok macam cantik je warna baju tu,hijau pucuk pisang.Diya pun volunteer la diri nak kain tu. Kakak dengan adik Diya yang lain cakap dalam hati " Fuhh nasib,kalau tak jadi pokok pisang la aku ゜э゜ "
Jadi,mak pun umumkan dengan rasmi :
"Dengan rasminya ,tepat jam 8.20 malam,mulai saat dan detik ini,
baju hijau tu,dah jadi milik Diya sekarang.Along dengan Fina,nanti kita pergi cari lain k "
Wahh mak dah macam nak umum perutusan raya masa tu.ahaha
Yang dikatakan tragicnya macam ni.Abah pun pergi la hantar kain tu dekat taylor swift tailor.2 minggu lepas tu,kitaorang satu keluarga pergi la ambik baju tu.Bila tanya berapa total harga,makcik tu jawab "RM 100 "
Mak ooi ! Mayat hidup la kiaorang masa tu tergaman punya hal.Bayangkan total semua baju Diya RM 200++ .
Kemudian bila bukak je plastik yang ada isi baju kurung Diya tu,untuk kali kedua dah jadi Hantu Kak Limah.Sebabnya bila bentang je baju tu,bayangkan plain semata-mata! Takda manik atau labuci sebiji pun kat baju tu! Tanya makcik tu kenapa mahal,dia kata sebab dia sulam benang emas di tangan. Balik tu,tension habis Diya.
Plain,kosong..hmm nak raya ke tak ni? |
sulaman semata-mata |
Alhamdulillah,dah masuk 1 Syawal.Melonjak-lonjak hati nak sambut. Baju pisang pun,pisang la
Jadi pagi tu,macam kebiasaan orang lain Diya satu keluarga pergi la solat aidilfitri dekat Masjid Zahir.
Kemudian masa tengah baca takbir tiba-tiba mata tergam dekat sorang ni.Rasa macam kenal.
Diya : "Along!! Zulkifli Zain la"
Along : "eleh bukan Zayn Malik pun"
Dalam pukul 10++ lepas tu,selesai la solat Aidilfitri tu., Macam biasa la,dekat masjid memang akan ada pengemis kan,duduk sederet, mengharapkan belas dari yang sudi. Lepas tu,masa orang ramai tengah lalu depan anak beranak ni,tiba-tiba si anak tu baring. Si ibu pulak cepat-cepat tarik baju anak dia,cakap
"Bangun3! Jangan tidoq,orang nak bagi duit ni"
Sakit perut Diya masa tu.Punya la lawak.Paling class,ada kalanngan pengemis tu,sorang pemuda ni,pakai baju cap POLO lagi k.kelas gitu! Mungkin orang sedekah kot.Astagfirullahhalazim,bersangka baiklah wahai Diya di hari mulia ini
Spect putih adik Diya.Orang tua belakang tu Diya la :P Rasa nak gerudi jerawat tu ,sampai hati tumbuh mekar di hari raya! |
Oh ya,kalau akak nak tahu rumah Diya dekat Alor Setar,rumah nenek Diya 3 km dari rumah Diya.Heee special kan, rumahku kampungku =) Dekat sangat rumah DIya dengan nenek.Sebab tu la,petang raya baru balik sebab pagi raya pergi beraya dekat kampung abah dulu.
Jadi selesai solat,kami semua pun balik kampung sebelah abah dulu, dekat Kedah juga. Sekejap je,
Selalunya senario ni la akan jadi.
klik untuk membesar |
Sampai je kampung,adik-adik Diya masing-masing cari teman sepermainan.Nak gusti semua ,masa ni je la yang meriah,masa lain dah tak syok.
antara aksi sempat diambil sewaktu WWE edisi raya |
Macam biasa esoknya raya kedua.Diya ada dekat Alor Setar,kampung sebelah mak pula.Kalau akak nak tahu kan,kampung mak ni sangat3 best! Sebabnya kampung tepi railway. Rasa macam duduk zaman britisih pulak.heeeh
Ni lah kampung mak Diya.Terasa di Siam pulak,hee |
Raya kedua tiada yang lagi nikmat selain ziarah menziarahi,kan?
jemput makan |
Nostalgia habis gambar ni! nenek Diya dengan adiknya,tok chik tengah imbas kenangan masa dulu. |
Budak kecik ni pun nak makan lemang juigak walaupun takda gigi :D |
.Cardigan pink yang kawaii sangat.Mak Diya suka sangat dengan warna cardi tu.
"Nak mekap jugak la!"
Habis semua makeup,Simplysiti,maybelline kitaorang tapau
Diya dengan adik Diya memang sekepala.Girlie sikit kitaorang ni.Dia makeup Diya,Diya makeup dia.(berbelit lidah,macam nak anyam ketrupat :P) .
akak : "Ya ALLAH!! ni form 5 ka 5 tahun!"
amacam mak,'shine bright like a diamond tak?
Sampai je rumah,mak terkejut tengok anak-anak dah macam Emma Maembong! :P (ok,auta semata-mata)
Yang sebenarnya macam ni.Jangan tertipu ya kawan-kawan
|
EPILOG...
DIya nak ucapkan terima kasih,arigato,sie sie,maqashih sangat-sangat dekat akak.Calendar yang akak kasi,sangatlah berguna.Diya jadikan bookmark.
Depan yang ada gambar jadikan bookmark,belakang nak countdown SPM.tidaaaakkk!
UCAPAN RAYA UNTUK ZYRANEE DAN DRESSUANA
Mari Order!
Salam Syawal!
Truly from your contestant,
If the first of all 5 people have been completely eradicated, they depart the table without any using something, although those who
ReplyDeletestay double their buy in. Every employee who has
access to the data in any way needs to be trained on the security policies
and procedures of the company. To the accomplished hacker or to any computer expert
in general, hacking can be a relatively basic action that can be accomplished with minimum effort.
Feel free to surf to my homepage pirater facebook