Novel Bila Blogger Jadi Maid


Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

“Jadi, nak saya buat apa?”

“Awak kahwinlah dengan saya.” 


Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?
 



Korang rasa best tak novel ni? Kalau best jom la beli and share ngan Diya sama k ^__^ Sebab Diya pun macam minat je nak beli

Tak pun korang boleh dapatkannya free di sini

Thanks : Era

9 comments:

  1. nak sangat novel ni, tapi tak terbeli lagi. hihii nanti ada duit lebih nak belilah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...x pe nnti cukup duit share la kat sini ye

      Delete
  2. wah.... cerita ni saya ada baca dekat penulisan2u
    memang bestlah.... tapi tak baca sampai habis
    uhuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.memang best sbb kite pun blogger jugak :D ekkeke

      Delete
  3. hehe...hr tu ms shppg nvl kt populor akak ada tengok nvl ni...mcm berkenan nk bli..tp tk jd..sbb tk tahu lg jln crta dia best ke tak...nnti klau ada yg dh bca shre2 kn lh ya...nk jugak buat koleksi..hehe

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)