Hukum Pakai Inai

Rindu sangat nak pakai inai ='(
Hey hey there! Selamat malam semua
=)
Terdapat beberapa larangan berkaitan pemakaian inai yang harus dielakkan. Antaranya, kadar pemakaian inai di kedua-dua belah tangan dan kaki bagi wanita adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali saja. Tidak bolehlah mengenakan inai hingga ke bahagian lengan atau ke atas seolah-olah anda mengenakan tatu lukisan badan.

Kemudian, warna inai juga tidak bersifat kekal seperti tatu dan bebas daripada bahan tidak halal. Pastikan jika anda membeli produk inai di pasaran, ia halal dan bukannya jenis campuran pelbagai kandungan termasuk dakwat kekal.

Biarpun sebenarnya pemakaian inai digalakkan pada hujung jari saja namun tidak menjadi kesalahan kepada wanita tersebut jika mahu membuat corak atau ukiran pada tangan atau kaki. Kerana ia berbeza jika mahu berhias seperti kebanyakan pengantin baru hari ini.

Bagaimanapun, hanya corak yang melambangkan daun dan tumbuh-tumbuhan dibenarkan. Sementara corak menyerupai haiwan, dewa atau gambaran yang bertentangan dengan syarat adalah dilarang kerana bimbang ia membawa maksud lain yang boleh mengundang persepsi orang lain.

Golongan wanita yang hendak berihram haji atau mengerjakan umrah turut disunatkan memakai inai sama ada mereka sudah bersuami atau pun tidak.
Ringkasnya, memakai inai di kalangan wanita bukanlah satu kesalahan. Setiap wanita yang masih belum berkahwin mahupun yang berkahwin diharuskan memakainya selagi ia tidak menimbulkan fitnah kepada yang belum berkahwin.

5 comments:

  1. Kak Diya.Saya copy paste masuk blog saya boleh?
    Tak boleh takpe ;)!
    Btw kak diya boleh masukkan tuto letak calendar kat Blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dear
      insyallah kalau saya ada masa ya =)

      Delete
  2. Inai pun boleh buat dai(tak reti eja. HAHA) rambut

    ReplyDelete
  3. Yes Kak Diya! Ramai orang yang tak tahu lagi pasal ni. Btw Kak Diya, boleh buat tuto letak comment box tak? TQ :))

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)