Diya akui Diya pun kalau nak tulis entry,memang tak konsisten dari segi bahasa. Tunggang terbalik dan memang selalu jadi setiap kali nak buat post baru. Ni antara bahasa yang Diya selalu guna dan kebanyakkan bloggers lain pun guna.
BAHASA MELAYU
Semestinya menjadi pilihan ramai memandangkan bahasa Malayu kan bahasa ibunda kita.
Tapi..
Malangnya tak semua bloggers yang guna 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka TERMASUK Diya. Susah sebenarnya nak tulis semua dalam bahasa Melayu memandangkan percakapan harian kita pun bercampur dengan bahasa asing.
Jadi sedikit sebanyak memengaruhi entri yang akan kita karang. Tapi Diya memang kagum dan tabik kepada blogger yang menggunakan 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka seperti Sifu Hasrul Hassan , Mialiana dan ramai lagi.
BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris 100% dalam entri pun tak ramai blogger (terutama sekali blogger berbangsa Melayu) yang menggunakan. Mungkin juga disebabkan percakapan harian kita yang mempengaruhi.
Diya ada juga kadang-kadang entri yang gunakan 100% dalam Bahasa Inggeris TAPI tak panjang,pendek je entri yang Diya tulis kalau dalam Bahasa Innggeris. Ada kalanya rasa terbeban pun ada sebab kesukaran nak terjemahkan perkataan Melayu (yang jarang dengar dalam Bahasa Inggeris ).
"Ermm, sendawa bahasa Inggeris panggil apa ea? Saya marah gila nak tulis macam mana ea dalam Bahasa Inggeris? Ermmm itu ini itu ini..bla bla bla bla........
Tapi...
Ada juga blogger Melayu yang gunakan 100% seperi Anwar Hadi,Iqa Yana dan ramai lagi rasanya yang Diya tak tahu.
BAHASA ROJAK
Yeayy akhirnya. Inilah bahasa yang menajdi pilihan ramai blogger-blogger Malaysia termasuk Diya. Dalam setiap entri,memang wajib terselit sekurang-kurangnya satu perkataan asing (selalunya Bahasa Inggeris) .
Contohnya share,breakfast,blogwalking,tension dan banyak lagi la.
Bukannya apa,sebabnya bila kita guna bahasa yang ramai orang guna, pembaca pun senang nak faham dan kita pun selesa. Tak payah nak peningkan otak fikir perkataan apa yang patut nak guna. Ye dak?
BAHASA ALIEN
(BARU TAHU)
Tips : Gunakan bahasa yang kalian semua selesa. Tak kira lah bahasa apa pun,asalkan kalian semua senang hati sebab tujuan utama blogging ni nak kongsi apa yang terkandung dalam hati kita kan? Jadi gunakan bahasa yang sememangnya datang dari hati.Pendek kata, tak usah jadi hipokrit nak guna bahasa-bahasa canggih yang membuatkan orang lain kagum,tapi sebaliknya kita sendiri rasa terbeban.ok?
Salam =)
setuju...hehe..IbuNoey memang rojak juga kalau buat entri..siap ada slang Sabahan lagi..;)
ReplyDeletesabahan? wahh menarik tu.ehee mmg rojak kebanyakkan kita =)
Deleteguna bahasa yg semua org faham :)
ReplyDeletebetul2..x payah susah2 nak translate
Deleteakk guna bahasa rojak... bahasa arab nak guna tak pandai plak..
ReplyDeleteahahaa Diya pun x pandai bahasa arab.setakat basic tu tahu la =_="
Deleteakak biasanya dengan bahasa rojak jer lah... ihikss...
ReplyDeletesama lah kita akak..senang sikit =D
Deletebahasa alien mmg kurang sikit nak baca until the end of the word... hehe.
ReplyDeletebahasa F tu pernah guna time budak2 dulu jugak..
Hi Diya,
ReplyDeleteSaya blogger baru.baru jer start2 nak blogging.Ni yg pening ni nak pilih bahasa apa.pastu sy decide nak buat bahasa inggeris.Tp 2-3 entry,rasa mcm xbest plak.pastu nak tukar ke bahasa melayu skit.Tp sy rasa mcm x okey plak.sbb takut reader confuse.Skg ni sy yg confuse.sy igt nak buat 2 bahasa lah.ada entry yg fully english.ada entry yg bahasa melayu.ok ke?