Tips Memilih Warna Lipstik Yang Sesuai Untuk Wajah

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 


Matching Lips

Lama tak update kan.Kali ni meh bibir jadi cun sikit macam Angelina Jolie.


Gincu merah jambu :

Kulit kuning : Hindari warna merah jammbu pucat kerana ia hanya akan membuat anda 



kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.


Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin   

menawan.


Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.





 Gincu merah :


Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori

wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.


Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau

burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda


 kelihatan pucat.


Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan

 gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.



Gincu coklat :


Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif


. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau

warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.


Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika

 tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna

mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk

 kesan segar semula jadi.


Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany

 menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah

 atau plum, punya kesan nakal menggoda.


Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat

 gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.



 photo sain_zpsee968bcf.png

1 comment:

What do you think? Leave a comment :)