Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Jenama Laptop Terbaik & Terburuk 2014



Salam.Kalian guna jenama apa? Share dengan Diya sikit. Diya pakai Asus.



10 TIP PENTING MEMBELI NOTEBOOK



1. Perlu Tahu Keperluan, Kenapa Beli Notebook.
Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang.
Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.


Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb.
Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.



2. Sediakan Peruntukan (budget)
Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.


Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.



3. Buat Kajian Ke Pusat-Pusat IT Utama
Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.



4. Dapatkan Senarai Harga
Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.



5. Tanya Penjual
Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan.
Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.



6. Tanya Jika Ada Promosi
Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.



7. Bayar Pendahuluan
Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.


8. Periksa Semula Notebook
Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.



9. Periksa Samada Perkakasan Sampingan Adalah Lengkap
Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).



10. Pulang Dengan Hati Gembira.
Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat,rajin-rajinlah bertanya kepada penjual!





2014-BEST-notebooksfinalv4





Wordless Wednesday : DIY Inai Half Moon dekat Kuku

Hey hey there! Salam. Sila bayangkan gambar di bawah  ni macam inai lah ea. Sebab cutex kita tak boleh pakai kan? So enjoy dan selamat mencuba!!

sticker ring file



Hasilnya


Nice!




Kredit : thisfashionismine


Cara Mengetahui Keaslian Power Bank



Power bank' kini diakui semakin popular di kalangan rakyat di negara ini. Jika dahulunya ia dilihat asing oleh majoriti masyarakat negara ini yang diketahui 'gila smartphone', kini kewujudan power bank dianggap sebagai pelengkap kepada telefon pintar masing-masing.

Dalam erti kata lain, power bank kini boleh dianggap sebagai satu alat keperluan yang membantu melancarkan perjalanan hari anda.

Dan seiring dengan permintaan ke atasnya yang tinggi, dapat kita saksikan kebanjiran pelbagai model power bank yang ditawarkan di pasaran. Dari yang berkapasiti kecil sehinggalah yang kononnya mempunyai kapasiti sehingga 30,000 atau 40,000 mAh.

Perkembangan teknologi maklumat seperti internet turut membantu meningkatkan populariti power bank di negara ini yang rata-rata rakyatnya 'celik IT'.

Namun pemerhatian penulis mendapati para pengguna buat masa ini hanya dibekalkan dengan maklumat yang begitu minimum mengenai alat yang mulanya dikenali sebagai 'portable charger' ini.

Justeru berdasarkan sedikit pengalaman dengan alat ini, penulis mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit pengetahuan penulis perihal power bank ini.

Buat yang sudah memilikinya, pastinya survey yang anda lakukan di internet sebelum membuat keputusan untuk memilih model power bank yang ingin dibeli seperti 'power bank berkualiti', 'power bank original' dan sebagainya adalah menghampakan. Tidak banyak atau tidak salah kiranya penulis katakan artikel yang ada pada masa ini tidak membantu langsung menyelesaikan masalah anda di dalam memilih.

Untuk itu, penulis berharap agar posting ini sedikit sebanyak dapat membantu menguraikan tanda tanya anda berhubung power bank. 

Menentukan samada power bank yang ingin dibeli adalah original ataupun tidak

Soalan paling popular yang penulis selalu terima ketika berhadapan dengan bakal pembeli adalah 'power bank ni original ke tak bang?'..Diakui pada masa ini berlakunya lambakan model-model power bank tiruan di pasaran negara kita. Justeru penulis tidak menyalahkan bakal pembeli yang bertanyakan soalan tersebut memandangkan kerisauannya berasas.

Di sini penulis kongsikan perkara paling asas untuk menentukan sesuatu produk itu asli ataupun tiruan. Diharap tips ini membantu anda yang terutamanya suka membeli secara online..


1. Waranti - Paling mudah untuk mengetahui samada power bank yang dijual itu original atau tidak adalah jangka masa waranti yang diberikan. Sekiranya jangka masa waranti yang diberikan kurang daripada 12 bulan / 1 tahun, maka kebarangkalian ianya tiruan adalah 95%. 

Begitu juga sekiranya tempoh warantinya 12 bulan / 1 tahun ataupun lebih, kemungkinan ia bukan original hanyalah 5%.

Mudah katanya, kalau tempoh waranti power bank itu setahun ke atas, yakinlah akan keasliannya.

Tapi harus juga berhati-hati memandangkan terdapat juga penjual yang licik bab waranti ini seperti mengenakan caj tambahan untuk melanjutkan tempoh waranti.



2. Harga - Tidak dinafikan, dalam era ini pastinya semua orang berkira-kira untuk berbelanja secara berlebihan. Dalam kita berdepan dengan isu ekonomi yang melanda global ini, pastinya kita ingin mengurangkan perbelanjaan kita.

Begitu juga ketika membeli power bank, tawar-menawar pastinya berlaku yang mana ada kalanya tidak akan terhenti selagi kita tidak berjaya mencapai harga yang disasarkan. 

Tidak salah untuk tawar-menawar, tapi pastikan harga yang diingini itu realistik. Kerana apa penulis menekankan soal realistik dalam hal ini? 

Yoobao YB651
Sebabnya adalah, di dalam konsep penawaran perkhidmatan, pengguna hanya dapat menikmati perkhidmatan berdasarkan berapa yang dibayarnya. 

Pernahkah anda dengar tentang barang 'gred A', 'gred B', 'gred C' dan sebagainya? 

Untuk itu, sekiranya anda bermati-matian untuk mendapatkan harga yang murah ketika membeli, tidakkah anda terfikir yang penjual itu mungkin tidak ada masalah untuk memberi anda harga yang diingini. Tetapi nanti anda jangan merungut mengenai kualiti barang yang anda dapat itu kerana berdasarkan konsep yang disebut awal tadi, kualiti barang yang diberi kepada anda itu setimpal dengan harga yang anda bayar.

Sebagai contoh, jika anda meluangkan masa meninjau website Mudah dan search powerbank yoobao (transformers), anda akan dapat lihat bagaimana model tersebut dijual pada pelbagai harga sehingga ada yang serendah RM50. 



3. Banding - Masih lagi mengenai harga, tapi kali ini bandingkan harga yang ditawarkan kepada anda dengan harga yang dijual di pasaran. Anda wajar mempertikaikan ketulenan produk yang ditawarkan kepada anda sekiranya harganya begitu melampau berbeza. 

Namun begitu satu fakta yang anda perlu tahu adalah harga di pasaran online kebiasaannya tidak sama dengan harga yang ditawarkan di kedai di mana ianya lebih murah. Sebagai contoh, power bank jenama Pineng model PN913 dijual di kedai pada harga RM159. Tapi di pasaran online harganya yang ditawarkan adalah serendah RM120. Tetapi jangan keliru kerana ianya masih lagi original memandangkan pasaran online selalunya 'kill the market'.

Contoh seterusnya pula adalah sekali lagi, model Yoobao (transformers)..Harga pasaran bagi model ini yang asli ada yang mencecah sehingga RM200. Lalu, anda sudah sebolehnya berasa was-was dengan ketulenannya sekalipun ia dijual pada harga RM70. Melampau sangat beza harga pasaran asalnya itu bukan..


Kredit Info : http://aidoobiz.blogspot.com/2013/09/cara-mudah-menentukan-keaslian-power.html



Tulis Entry : Bahasa apa nak guna?


Hey hey there! Kalian semua pernah terfikir tak yang bahasa kita guna untuk karang sesebuah entry tu penting? Tak kisahlah bahasa apa pun yang kita gunakan, asalkan bahasa yang kita guna tu orang faham,kita pun selesa.

Diya akui Diya pun kalau nak tulis entry,memang tak konsisten dari segi bahasa. Tunggang terbalik dan memang selalu jadi setiap kali nak buat post baru. Ni antara bahasa yang Diya selalu guna dan kebanyakkan bloggers lain pun guna.


BAHASA MELAYU
Semestinya menjadi pilihan ramai memandangkan bahasa Malayu kan bahasa ibunda kita.

Tapi..

Malangnya tak semua bloggers yang guna 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka TERMASUK Diya. Susah sebenarnya nak tulis semua dalam bahasa Melayu memandangkan percakapan harian kita pun bercampur dengan bahasa asing.

Jadi sedikit sebanyak memengaruhi entri yang akan kita karang. Tapi Diya memang kagum dan tabik kepada blogger yang menggunakan 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka seperti Sifu Hasrul Hassan , Mialiana  dan ramai lagi.



BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris 100% dalam entri pun tak ramai blogger (terutama sekali blogger berbangsa Melayu) yang menggunakan. Mungkin juga disebabkan percakapan harian kita yang mempengaruhi.

Diya ada juga kadang-kadang entri yang gunakan 100% dalam Bahasa Inggeris TAPI tak panjang,pendek je entri yang Diya tulis kalau dalam Bahasa Innggeris. Ada kalanya rasa terbeban pun ada sebab kesukaran nak terjemahkan perkataan Melayu (yang jarang dengar dalam Bahasa Inggeris ).

"Ermm, sendawa bahasa Inggeris panggil apa ea? Saya marah gila nak tulis macam mana ea dalam Bahasa Inggeris? Ermmm itu ini itu ini..bla bla bla bla........

Tapi...

Ada juga blogger Melayu yang gunakan 100% seperi Anwar Hadi,Iqa Yana dan ramai lagi rasanya yang Diya tak tahu.


BAHASA ROJAK
Yeayy akhirnya. Inilah bahasa yang menajdi pilihan ramai blogger-blogger Malaysia termasuk Diya. Dalam setiap entri,memang wajib terselit sekurang-kurangnya satu perkataan asing (selalunya Bahasa Inggeris) .

Contohnya share,breakfast,blogwalking,tension dan banyak lagi la.

Bukannya apa,sebabnya bila kita guna bahasa yang ramai orang guna, pembaca pun senang nak faham dan kita pun selesa. Tak payah nak peningkan otak fikir perkataan apa yang patut nak guna. Ye dak?


BAHASA ALIEN


Ya Allah! Tolong lah jauhkan bahasa ni daripada mata Diya,Sakit hati sangat bila baca kalau ada yang guna bahasa yang ntah datang dari planet mana ni. Jangan la gunakan bahasa ni dalam entri kalian semua. Silap silap hari bulan,pengunjung naik menyampah dan tak pasal kena maki hamun.


(BARU TAHU)





Tips : Gunakan bahasa yang kalian semua selesa. Tak kira lah bahasa apa pun,asalkan kalian semua senang hati sebab tujuan utama blogging ni nak kongsi apa yang terkandung dalam hati kita kan? Jadi gunakan bahasa yang sememangnya datang dari hati.Pendek kata, tak usah jadi hipokrit nak guna bahasa-bahasa canggih yang membuatkan orang lain kagum,tapi sebaliknya kita sendiri rasa terbeban.ok?

Salam =)





Cara Buat Starbucks Coffee



Hey hey there.Good night everyone. Rasa macam tak berapa ada mood nak create entry panjang. So, have a look step by step via those photograph ok.Btw,video pun ada.Tapi malas nak letak takut berat blog So you guys can check it out at Youtube  =)



  1. Make Starbucks Coffee Step 1.jpg
    1
    Turn on your coffee maker, and insert your select blend of coffee. To make it taste like Starbucks coffee, you might want to use The blends available for purchase at Starbucks franchises. These come in a variation of strengths to suit your taste.
  2. Make Starbucks Coffee Step 2.jpg
    2
    Pour the brewed coffee into mug, the closer to a Starbucks mug the better.
  3. Make Starbucks Coffee Step 3.jpg
    3
    Add a shot of flavoured syrup or any other additional flavour you wish to add (for example, 1/4 tsp of vanilla) to the coffee and stir.
  4. Make Starbucks Coffee Step 4.jpg
    4
    If you like your coffee sweet, add Sugar to your coffee and stir.
  5. Make Starbucks Coffee Step 5.jpg
    5
    Add a bit of milk (about 4 tablespoons). Stir.
  6. Make Starbucks Coffee Step 9.jpg
    6
    Wait for it to cool a little and Enjoy!
(Credit : WikiHow)


Keep on praying for the missing flight MH370  #prayforMH370   #malaysiaarilines world!

Students' Skincare - Budget (Less than RM70)



Hey hey there! Orait Diya sure ramai dikalangan readers blog Diya students kan.And bila sebut pasal students, mostly that we (termasuk Diya :p ) having problem with financial kan? Untuk urusan buku , pakaian ,makanan dan banyak lagi la menyebabkan kurang perhatian untuk penjagaan muka.

Jadi,Diya hari ni nak share dengan readers semua,budget skincare yang sangat-sangat trusted,affordable dan berkesan.Before that, readers semua perlu tahu these steps dand order to apply skincare.


  1. Cleanser
  2. Moisturizers
  3. Sunscreen / Sunblock/ Suncare
  4. Masks (night)

Cleansers
Boleh cuba products from Olay which is sangat murah and affordable.

RM10.90

Olay Clarity Fresh Facial Cleanser 100G 

Olay Clarity Fresh Facial Cleanser 100G





Olay White Radiance Facial Cleanser 100G

Olay White Radiance Facial Cleanser 100G






Olay Moisture Balance Foaming Cleanser 100gm


Olay Natural White Light Facial Cleanser 100gm
Olay Natural White Light Facial Cleanser 100gm


Ataupun Garden Of Eden products.One of my favourite brand.Worth with its price.


RM 23.90

Gentle Milk Cleanser
Gentle Milk Cleanser


Ini pula product from Dr.Skin.Diya tak pernah cuba tapi have a look at its benefit. Sangat berguna untuk students sebab boleh bagi kulit muka sihat.



RM35.75
Liftening Cleansing Foam-with the collagen
DR. FOR SKIN
Liftening Cleansing Foam-with the collagen



- Helps unbalanced skin becomes healthier 
- For skin lacking elasticity 
- Contains components such as marine collagen and squalene which makes skin that is fatigued by time more vital 
- Abundant, creamy bubbles cleanses the skin clearly and nurture moisture into it without pulling the skin even after washing the face 




Moisturizers
Moisturizers/pelembap sangat penting sebab fungsi pelembap ni ialah untuk melembapkan kulit muka yang kering.Tambahan pula students nowadays selalu balik petang,so kulit sangat dehydrated / kering.


RM 20.90




Suncare
Sangat penting dan memang perlu digunakan memandangkan cuaca sekarang di Malaysia sangatlah panas dan kering.

Fungsi sunscreen / sunblock
  • Mengelakkan cancer kulit
  • Mengelakkan kulit menjadi 'sunburn'
  • Menghalang cahaya matahari meresap ke dalam kulit

Yang ni pula bukan sunblock tapi cream.Fungsinya sama macam sunscreen tapi dalam bentuk cream


RM13.90
Olay White Radiance UV Cream 15g
OLAY
Olay White Radiance UV Cream 15g




RM29.90
KISS ME
Sunkiller Baby Milk N 30ml



RM 35.90

GARDEN OF EDEN
Satin White Day Cream SPF 30++ 40g





Masks
Masks pula ialah optional tapi perlu juga digunakan pada waktu malam sebagai moisturizers pada kulit.Fungsinya untuk :
  • membuang sel kulit mati 
  • melembapkan kulit muka. 
  • kulit akan menjadi lebih lembut, licin dan gebu
  • menegangkan kulit muka agar anjal.




RM 32.18 (5 pcs)

Pumpkin Real Powder mask (5pcs)
BEAUTY CLINIC MEDIHEAL
Pumpkin Real Powder mask (5pcs)


Orange mandarin Real Powder mask (5pcs)
BEAUTY CLINIC MEDIHEAL
Orange mandarin Real Powder mask (5pcs)

Green tea Real Powder mask (5pcs)

BEAUTY CLINIC MEDIHEAL
Green tea Real Powder mask (5pcs)




Ok for those yang nak dapatkan semua skincare yang Diya suggest di atas,readers semua boleh dapatkan di Zalora. Harga yang sangat berpatutan , all products are well-updated dan menjimatkan masa berbanding kena bersesak-sesak dekat shopping complex semata-mata dan pilih skincare.Why not choose Zalora?

Women best skincare available here!

Reference credit : http://www.zalora.com.my/ 


Tips Mencuci Muka paling Berkesan


Hey hey there! Salam semua.Diya sure yang kebanyakan antara kita cuci muka pakai cleansing foam atau sabun kan sebagai pencuci muka? ok now Diya nak share tips yang paling berkesan untuk muka kita serap 99% sabun pencuci muka yang kita apply sebab kadang-kadang kita main cuci je muka,tapi tak ada perubahan pun muka.


Ikut langkah-langkah di bawah ni

1.Pastikan muka dalam keadaan kering

2.Ambil air suam/panas ,letakkan atas tapak tangan (penuh) dan bilas muka dengan air tersebut.

3.Sekarang,picit pencuci muka kita atas tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka.

4.Biarkan selama 3-5 minit

5.Bilas seluruh muka dengan air suam.

6.Lap dan keringkan seluruh muka dengan tuala bersih dan tidak bercampur dengan tuala mandi.


*ok sampai sini saja entri hari ni,harap membantu =)



Habis ROSAK Satu Muka Pakai Produk Ni


Hey hey there! Assalamualaikum semua.Dah lama rasanya tak luahkan perasaan macam ni dekat blog. Biasalah kan,semenjak dua menjak ni,asyik join giveaway je.Eheehe

Ok lah straight to the topic. Sebenarnya leboh kurang sebulan yang lepas,kiranya dalam awal tahun 2014, Diya ada dapat dua produk (skin care)  berbeza.Satu dari blog,satu lagi dari Facebook. Jadi nak dijadikan cerita, Diya pun cuba la produk yang Diya dapat dari blog ni.Produk ni memang famous.Sangat sangat famous dan bila sebut je produk ni,Diya guarantee semua orang tahu.Eventhough a man.

Lebih kurang 2 minggu Diya pakai products tu,memang tak ada apa-apa perubahan sampailah Diya perasan dekat muka start ada biji-biji kecil dekat bahagian rahang (dagu ). Diya tak syak apa-apa lagi sebab ingatkan ruam biasa je.

Tapi...

Lama kelamaan,biji-biji kecil yang kononnya ruam tu berubah menjadi jerawat! Yes memang banyak dekat bahagian dagu .So start daripada tu,Diya memang stop pakai products tu sebab dah semakin yakin products tu la punca muka Diya jadi banyak jerawat.

Jadi,lebih kurang seminggu lepas tu, dekat facebook, Diya terpilih untuk jadi salah seorang customer untuk cuba produk ni.Produk yang Diya dapat kali ni pula jenis sabun. Kalau yang sebelum tu (yang punca muka Diya start teruk ) dalam bentuk cleansing foam + cream.

Diya 'yakin' yang sabun tu boleh 'repair' muka Diya sebab fungsi sabun tu untuk merawat kulit sensitif.Bajet sesuai la dengan muka.Bila Diya start pakai sabun tu,Diya mula rasa yang muka Diya tegang.Ingatkan tu positive feedback lepas guna,sebab kulit Diya jadi tegang sangat and firm. Tapi lepas 3 hari Diya guna, biji-biji kecil merah start naik dekat bahagian pipi dan dahi.


Diya dah start nervous.Paling nervous bila kali ni,ahli keluarga yang lain pun perasan. My mom pula jenis yang pentingkan penjagaan muka. Everytime  my mom tengok Diya,mesti Diya risau sangat sebab dulu masa zaman sekolah,Diya memang tak ada masalah muka.Kiranya flawless la juga.

Lama kelamaan,masuk bulan February muka Diya dah mula sangat sangat sangat teruk. Penuh dengan jerawat,rashes dan merah-merah dekat muka.Ya Allah! Sangat menyesal sebab cuba dua produk tu.

Tapi alhamdulillah,since Diya dah dapat ephyra baru baru ni,Diya memang tekad nak minum and cuba sampai tahap maximum nak dapatkan semula muka Diya yang macam dulu.

Haishh (mengeluh panjang)  .So for those yang nak tahu produk apa Diya guna,boleh la tanya. Diya bukan nak burukkan produk tu,maybe kulit Diya jenis sensitif.But sharing is caring kan. In fact,semua girls nak kulit muka cantik and bila dah ada experience sendiri,boleh la bagi nasihat dekat kawan kawan yang lain.Betul tak?

Email me : diyaariana@yahoo.com 

The Basics of Skin Care

These tips will help your skin stay healthier no matter its type.
  • Use a broad spectrum sunscreen that blocks both UVA and UVB rays. Avoid direct sunlight and wear a hat and sunglasses.
  • Don't smoke.
  • Stay hydrated.
  • Wash your skin thoroughly every day and never wear makeup to bed.
  • Moisturize your skin.



Tips Atasi Jerawat Semasa dan Selepas PMS

Hey hey there! Salam semua.Rasanya ada yang tahun dan tak tahu kan apa itu PMS? 

PMS adalah singkatan dari  Premenstrual Syndrome, sebuah sindrome yang timbul ketika wanita mendekati masa datang bulannya. Gejala-gejalanya biasanya berhubungan dengan masalah fisik dan emosional. Menurut penelitian, ada sekitar 200 gejala yang dikaitkan dengan PMS, tapi biasanya gejala yang paling umum adalah badan jadi sensitif, mood yang buruk, dan jadi mudah stress.


Jerawat dan PMS

Ketika haid, akan ada peningkatan dalam hormon androgen yang mencetuskan kelenjar sebum yang lebih aktif / minyak. Jadi, jerawat akan timbul disebabkan oleh pengumpulan sebum bercampur dengan tanah dan kemudian dijangkiti oleh bakteria P-jerawat

Cara Atasi /Tips Semasa PMS



  1. JANGAN SENTUH jerawat anda
  2. Hilangkan toxin dengan minum sekurang-kuranya 8 gelas air sehari
  3. Lakukan penjagaan muka seperti biasa
  4. Tidur atas bantal yang bersih
  5. Awasi pemakanan dengan kurangkan pemakanan tepung halus,gula,makanan diproses,kafien, alkohol, susu dan glutten.



Cara Atasi /Tips Selepas PMS



  1. Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  2. Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  3. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  4. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  5. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  6. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  7. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  8. Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  9. Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  10. Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.







Sebab Utama Orang Korea cantik


Hey hey there!! Salam Jumaat semua. Hari ni terpanggil juga Diya nak share dengan pembaca semua rahsia Korean cantik.Hmm best kan  tengok muka diorang,flawless,gebu,cantik. Ramai orang cakap yang most of Koreans girls or boys did plastic surgeries untuk cantik.

Tapi perlu juga kita tahu yang diorang takkan jadi cantik kalau kesihatan tak dijaga kan.So salah satu penyumbang utama kenapa orang Korea kebanyakan cantik dan sihat ialah minum TEH HIJAU.

1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 


2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.



3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.


4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.


5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.


6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 


8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.


10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.


11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

p/s : lepas ni boleh la amal kan kalau nak cun macam Hyuna <3 heheee


Kredit : http://tipsihatselalu.blogspot.com/2013/05/11-kelebihan-teh-hijau-yang-pasti-anda.html




Tips Menggayakan Handbags + Pakaian yang sesuai


Hey hey there!! Tiba-tiba hari ni terasa rajin nak share these tips yang mungkin membantu readers semua memilih handbags yang sesuai =) Diya akan buat dalam point form so that senang for you guys refer.


Shoulder Strap Bag
Beg jenis ini ialah yang paling banyak dan digemari dikalangan wanita sebab banyak alasan.Antaranya ialah senang untuk dibawa.




Type : Tali panjang/ Pendek
Event : Formal/Informal
Outfit : Best with jeans + t-shirts



Hand Bag
Memang sangat common dikalangan wanita dan digunakan untuk pelbagai acara.Selalunya untuk acara formal seperti untuk ke pejabat atau tempat kerja.Semi formal? Seperti lunch or outdoor activity.





Type : Pelbagai designs dan bentuk (pattern)
Event : Formal/Semi Formal / Short travel
Outfit : Best with jeans + t-shirts


Satchel Bag


Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Apa yang membezakan Satchel Handbag dengan shoulder bag . Sebenarnya satchel bag ni lebih kepada sling bag dan tali satchel bag lebih panjang daripada shoulder bag dan size satchel bag lebih BESAR dan lebar..

This is one of my favourite bags =)



Type : Besar dan sesuai untuk membawa documents dan alat mekap
Event : Formal/Casual
Outfit : Best with casual blouse & formal outfit 



Hobo Bag

Pertama kali dengar hobo bag ni?  Ok sebenarnya hobo bag ni sama saja dengan 'handbag' yang kita selalu panggil.Cumanya nama saja yang lebih specific dan hobo bag ialah bag yang jenis landai dan bentuk U (crescent) 









Type : Tali panjang/pendek
Event : Casual / Informal
Outfit : Best with jeans/skirt 





Clutch
Clutch ni sebenarnya ialah handbag tapi dalam bentuk purse. Clutch boleh dimasukkan dengan duit,cards, handphone dan slim makeup items (macam compact mirror ..etc)



Type : Saiz besar / kecil
Event : Formal / Casual
Outfit : Best with dress


Wristlet
Nama wrislet bag ni sebenarnya memang sangat ganjil.Tapi hakikatnya wrislet ni selalu kita beli dan bawa. Apa yang membezakan wrislet dengan clutch ialah wrislet mempunyai tali di hujung supaya pergelangan tangan kita boleh masuk dan senang dibawa.



Type : Saiz besar / kecil
Event : Formal / Casual
Outfit : Best with dress


Tote Bag
Diya sangat suka tote bag ni sebab boleh DIY (Do It Yourself) .Boleh lukis sendiri atau design ikut kemahuan kita sebab fabrik tote bag ialah yang canvas tapi ada juga yang jenis leather.


Type : Leather or cotton canvas
Event : Casual
Outfit : Best with casual 

Click here : http://www.wikihow.com/Make-a-Tote-Bag


Beach Bag
Mula mula dulu,Diya ingat beach bag ni specifically to be carried to the beach for sunbathing or what.Tapi hakikatnya beach bag ni jenis yang carry-on type dan gunanya untuk letak barangan yang banyak.


Type : Leather or canvas
Event : Picnic,gym or casual event 
Outfit : Best with colourful attire

Muff Bag
Muff bag ni susah sikit nak jumpa di Malaysia sebab digunakan masa winter untuk bagi tangan kita panas. Boleh masukkan tangan kita di dalam muff bag sebab sejuk masa winter.


Type : Wool/Velvet/Fur
Event : Outdoor-winter event
Outfit : Best with coat




Orait semua.Sampai di sini saja entri Diya kali ni. Semoga bermanfaat untuk readers semua.

Bye.

Image 100% from www.google.com.my