Giveaway Blogger SS


Assalamualaikum semua.Ok sekarang ni Diya nak tunaikan task ke-3 dalam giveaway SS ,iaitu menceritakan tentang ciri-ciri positif yang ada dalam diri seorang blogger termasuk Diya.



  • Seorang blogger berkuailiti perlu sentiasa update blog dan perkembangan terkini mengenai blog.Diya akui Diya tak hari-hari update blog disebabkan faktor-faktor tertentu.Macam kebelakangan ni,line internet selalunya tak berpihak kepada Diya,jadi peluang nak update blog tu jarang.Diya yakin perkara macam ini merupakan asam garam seorang blogger.Pada masa inilah ciri-ciri positif seorang blogger perlu ditonjolkan iaitu bersabar dan cari inisiatif lain untuk update blog kita.Contohnya dengan cari peluang untuk melayari blog di Cyber Cafe ke,ataupun jika seseorang blogger tu mempunyai fanpage,para  blogger boleh update perkembangan terkini di fanpage untuk memaklumkan kepada semua followers masalah yang dihadapi supaya semua followers kita tak tertunggu-tunggu perkembangan kita.Dengan erti kata lain,tidak menghampakan pembaca setia blog kita.






  • Seterusnya, ciri positif yang Diya buat dan bagi Diya seorang blogger perlu diamalkan ialah menjaga hati pengunjung blog. Memang kadang kala kita terlepas pandang komen yang pengunjung tinggalkan sama ada di comment box atau pada post entri kita.Tapi sekurang-kurangnya ambil lah masa beberapa minit setiap kali kita online untuk check komen-komen yang pengunjung tinggalkan. Secara jujurnya ,Diya rasa tak semestinya setiap komen kita perlu balas (kalau tak ada masa ) TETAPI komen yang berbentuk pertanyaan seeloknya kita balas agar hati dan perasaan pengunjung blog dapat dijaga di samping berkongsi ilmu yang kita ada.Cuba kita bayangkan kalau kita ada soalan yang nak ditanyakan kepada blogger,tetapi blogger tu buat tak layan je,nak ke kita berkunjung lagi dekat blog dia? 





  • Blogger yang berkualiti akan menulis entri yang berkualiti dan bermanfaat. Tak semestinya entri yang bermanfaat tertumpu kepada perkara-perkara berat seperti bisnes,politik atau isu semasa. Entri yang bermanfaat ni sebenarnya  bagi Diya datang dari minat kita sendiri.Contohnya, blog Diya sebenarnya lebih menumpukan tentang tutorial, fesyen dan tips kecantikan sebab Diya minat benda-benda macam ni.Jadi,minat yang Diya ada ini ,Diya akan kongsikan kepada semua pembaca supaya lebih bermanfaat dan berguna untuk orang lain. Kadang-kadang pengalaman yang kita kongsikan di blog 


  • Ciri positif yang seorang blogger perlu ada ialah menitikberatkan isi kandungan entri agar entri yang dihasilkan tidak menimbulkan sebarang isu sensitif.Macam Diya,Diya selalunya akan 'tapis' dulu sesuatu benda sebelum publish entri tersebut dan biasanya Diya akan preview dan baca semula entri yang ditulis. Perlu kita ingat blogger di Malaysia ni bukannya terdiri daripada orang Melayu,Islam sahaja.Tetapi,semua bangsa dan agama boleh view entri yang kita hasilkan.Oleh itu,blogger yang berkualiti akan memastikan entri yang akan dihasilkan tidak mengandungi unsur-unsur sensitfif yang boleh menimbulkan kontrevesi dan pergaduhan.Seeloknya penggunaan gambar-gambar yang kurang manis dipandang juga perlu dielakkan.





  • Blogger yang berkualiti akan sentiasa mencari inisiatif untuk memastikan blognya berada di carian tertinggi di google atau di mana-mana web engine.Antara perkara yang Diya selalu buat ialah ping entri blog di website.Di sini Diya nak kongsikan beberapa laman web terbaik di Malaysia yang boleh kita gunakan untuk ping entri blog kita;

Penuh riang di Hari Raya,
Semua orang bergaya sakan,
Sekian sahaja dari Diya,
Harap entri tidak membosankan =)



2 comments:

What do you think? Leave a comment :)