Tulis Entry : Bahasa apa nak guna?


Hey hey there! Kalian semua pernah terfikir tak yang bahasa kita guna untuk karang sesebuah entry tu penting? Tak kisahlah bahasa apa pun yang kita gunakan, asalkan bahasa yang kita guna tu orang faham,kita pun selesa.

Diya akui Diya pun kalau nak tulis entry,memang tak konsisten dari segi bahasa. Tunggang terbalik dan memang selalu jadi setiap kali nak buat post baru. Ni antara bahasa yang Diya selalu guna dan kebanyakkan bloggers lain pun guna.


BAHASA MELAYU
Semestinya menjadi pilihan ramai memandangkan bahasa Malayu kan bahasa ibunda kita.

Tapi..

Malangnya tak semua bloggers yang guna 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka TERMASUK Diya. Susah sebenarnya nak tulis semua dalam bahasa Melayu memandangkan percakapan harian kita pun bercampur dengan bahasa asing.

Jadi sedikit sebanyak memengaruhi entri yang akan kita karang. Tapi Diya memang kagum dan tabik kepada blogger yang menggunakan 100% Bahasa Melayu dalam entri mereka seperti Sifu Hasrul Hassan , Mialiana  dan ramai lagi.



BAHASA INGGERIS
Bahasa Inggeris 100% dalam entri pun tak ramai blogger (terutama sekali blogger berbangsa Melayu) yang menggunakan. Mungkin juga disebabkan percakapan harian kita yang mempengaruhi.

Diya ada juga kadang-kadang entri yang gunakan 100% dalam Bahasa Inggeris TAPI tak panjang,pendek je entri yang Diya tulis kalau dalam Bahasa Innggeris. Ada kalanya rasa terbeban pun ada sebab kesukaran nak terjemahkan perkataan Melayu (yang jarang dengar dalam Bahasa Inggeris ).

"Ermm, sendawa bahasa Inggeris panggil apa ea? Saya marah gila nak tulis macam mana ea dalam Bahasa Inggeris? Ermmm itu ini itu ini..bla bla bla bla........

Tapi...

Ada juga blogger Melayu yang gunakan 100% seperi Anwar Hadi,Iqa Yana dan ramai lagi rasanya yang Diya tak tahu.


BAHASA ROJAK
Yeayy akhirnya. Inilah bahasa yang menajdi pilihan ramai blogger-blogger Malaysia termasuk Diya. Dalam setiap entri,memang wajib terselit sekurang-kurangnya satu perkataan asing (selalunya Bahasa Inggeris) .

Contohnya share,breakfast,blogwalking,tension dan banyak lagi la.

Bukannya apa,sebabnya bila kita guna bahasa yang ramai orang guna, pembaca pun senang nak faham dan kita pun selesa. Tak payah nak peningkan otak fikir perkataan apa yang patut nak guna. Ye dak?


BAHASA ALIEN


Ya Allah! Tolong lah jauhkan bahasa ni daripada mata Diya,Sakit hati sangat bila baca kalau ada yang guna bahasa yang ntah datang dari planet mana ni. Jangan la gunakan bahasa ni dalam entri kalian semua. Silap silap hari bulan,pengunjung naik menyampah dan tak pasal kena maki hamun.


(BARU TAHU)





Tips : Gunakan bahasa yang kalian semua selesa. Tak kira lah bahasa apa pun,asalkan kalian semua senang hati sebab tujuan utama blogging ni nak kongsi apa yang terkandung dalam hati kita kan? Jadi gunakan bahasa yang sememangnya datang dari hati.Pendek kata, tak usah jadi hipokrit nak guna bahasa-bahasa canggih yang membuatkan orang lain kagum,tapi sebaliknya kita sendiri rasa terbeban.ok?

Salam =)





10 comments:

  1. setuju...hehe..IbuNoey memang rojak juga kalau buat entri..siap ada slang Sabahan lagi..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabahan? wahh menarik tu.ehee mmg rojak kebanyakkan kita =)

      Delete
  2. akk guna bahasa rojak... bahasa arab nak guna tak pandai plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaa Diya pun x pandai bahasa arab.setakat basic tu tahu la =_="

      Delete
  3. akak biasanya dengan bahasa rojak jer lah... ihikss...

    ReplyDelete
  4. bahasa alien mmg kurang sikit nak baca until the end of the word... hehe.
    bahasa F tu pernah guna time budak2 dulu jugak..

    ReplyDelete
  5. Hi Diya,
    Saya blogger baru.baru jer start2 nak blogging.Ni yg pening ni nak pilih bahasa apa.pastu sy decide nak buat bahasa inggeris.Tp 2-3 entry,rasa mcm xbest plak.pastu nak tukar ke bahasa melayu skit.Tp sy rasa mcm x okey plak.sbb takut reader confuse.Skg ni sy yg confuse.sy igt nak buat 2 bahasa lah.ada entry yg fully english.ada entry yg bahasa melayu.ok ke?

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)