Sebab Utama Orang Korea cantik


Hey hey there!! Salam Jumaat semua. Hari ni terpanggil juga Diya nak share dengan pembaca semua rahsia Korean cantik.Hmm best kan  tengok muka diorang,flawless,gebu,cantik. Ramai orang cakap yang most of Koreans girls or boys did plastic surgeries untuk cantik.

Tapi perlu juga kita tahu yang diorang takkan jadi cantik kalau kesihatan tak dijaga kan.So salah satu penyumbang utama kenapa orang Korea kebanyakan cantik dan sihat ialah minum TEH HIJAU.

1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 


2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.



3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.


4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.


5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.


6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 


8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.


10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.


11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.

p/s : lepas ni boleh la amal kan kalau nak cun macam Hyuna <3 heheee


Kredit : http://tipsihatselalu.blogspot.com/2013/05/11-kelebihan-teh-hijau-yang-pasti-anda.html




2 comments:

What do you think? Leave a comment :)