Tips Memakai Tudung Ikut Bentuk Muka

 photo dividerwarnawarni_zps85654392.png 


Hey hey there! Salam uolls.Diya sure yang ada dikalangan readers yang kadang-kadang tak yakin  nak pakai tudung ikut kesesuaian muka.Atau ada yang tak pasti bentuk muka masing-masing kan.

Ok di sini Diya nak share dengan korang tips yang mungkin dapat membantu





*Bentuk Muka Oval/bujur



Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.

Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.





*Bentuk Muka Petak






Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.




*Bentuk Muka Panjang



Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.




*Bentuk Segitiga





Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.




*Bentuk Muka Bulat






Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.



GOOD LUCK!!


Kredit:
Fb : Faziedasite
http://www.misshijabi.com

TUDUNG

Ok lah kalau readers semua masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan bentuk muka,Diya sarankan readers semua shopping tudung di Zalora.


Kenapa perlu pilih zalora? Ok cuba tengok tudung-tudung yang dipakai oleh model Zalora dan bentuk muka mereka.Sangat cantik dan sesuai.



CONTOH : TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA BULAT


Sarhana Plain Shawl


Sarhana Plain Shawl


Sarhana Plain Shawl



CONTOH : TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA KOTAK




Hijab Salameen



Hijab Shaheedatul


Hijab Serina



CONTOH : TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA OVAL



Hijab Shalwa


Hijab Hasada



Hijab Himahra



CONTOH : TUDUNG YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA SEGI TIGA

Geo Hijab



Mutiara Hijab


Soona Hijab



Cantik-cantik kan semua koleksi tudung dari Zalora?

Antara koleksi tudungs yang boleh didapati di Zalora :

  • Plain
  • Printed
  • Tribal
  • Geometry
  • Abstract
Antara jenama-jenama tudungs yang terkenal dan boleh didapati di Zalora :

  • Abaya Suraya 
  • Asian Ethnic
  • Ethnic Chic 
  • IAMJETFUEL 
  • Jhijab 
Di sini Diya selitkan sekali tudung tutorial dari Arab yang Diya ambil dari facebook.

Beautiful Tudung  from Zalora + Beautiful Tudung Wrapping Style = Beautiful Girl






 photo sain_zpsee968bcf.png

7 comments:

  1. hehe nice info. mcm sy x tau lah muke jenis ape. bulat hado oval pun hado haha -,-

    ReplyDelete
  2. nice tips..jom jenguk blog sy utk tips2 kecantikan dan kesihatan. www.ayacuya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Artikelnya keren ..
    dan mudah untuk dipahami.. + bisa jadi rujukan ini
    oya Gan klo ada kesempatan silakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki muslimah berkualitas dan banyak pilihannya..
    Trims :)

    ReplyDelete
  4. nice tips..tp sya tx sure samada mka sya ni oval or panjang..hehe..

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)