Pantun Facebook Versi Ujang



Hey hey there!! suka tak pantun? pantun ni warisan turun temurun masyarakat melayu yang sangat perlu dipelihara agar tak hilang dek ditelan arus globalisasi yang semakin memuncak ini.(wahh ayat)..Soo jom berpantun versi ujang


Tapi ! sebelum berpantun,jom kita kenal dulu sedikit fakta mengenai facebook.



PhotobucketFacebook mempunyai lebih daripada 400juta pengguna yang aktif (wow)
50% pengguana facebook log in Facebook pada setiap hari (uuuu)
Purata rakan pada setiap pengguna facebook adalah 130 orang (oooo)
Orang ramai menghabiskan 500 billion minit untuk menggunakan facebook
Setiap bulan.70% pengguna facebook engage dalam relationship diorang(ehem)
Seramai 100 million pengguna menggunakan facebook menggunakan handphone (woo)





JOM PANTUN


Ulam tipus bersambal cuka,
Kuah dihirup begitu rakus,
Pagi-pagi laptop dibuka,
Semata-mata nak update status.




Anak tebuan di atas dahan,
Ambil betik buah halwa,
Add sahaja kalau nak dijadikan kawan,
Tak kira muda atau tua.




Orang Acheh pulang ke Acheh,
Sampah berlabuh waktu pagi,
Upload gambar yang palin cun 'cheeh',
Gamabar yang up-to-date dan ngetop lagi.




Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Dapat komen jangan cepat melatah,
Siapa suruh ko tulis luahan hati,




Kera si hutan terlompat-lompat,
Si pemburu memasang jerat,
Lagi banyak respon dan komen yang dapat,
Bertambah rapat semakin erat.




Kapal belayar dari Arakan,
Ambil gaji jadi pemudi,
Suka gaduh,mengusik sakan,
Tak dapat face to face ,di facebook pun jadi.




Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dihaluan perahu,
Kalau dapat pakwe janganlah letak harapan,
Tapi kalau dah jodoh siapa yang tahu.




Daun sirih ulam Cik Da,
Makan sekapur lalu mati,
Yang sengal yang poyo pun ada,
Add friend tu biarlah berhati-hati

No comments:

Post a Comment

What do you think? Leave a comment :)