Assalamualaikum suara berdendang,
Laman sosial penghubung teman,
Gelanggang blog kita bertandang,
Segmen pantun saksi pertemuan.
Salam semua.Ni merupakan segmen kedua Diya join dengan blog Dunia Zumal.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersama-sama meraikan memandangkan Mr Zumal sendiri yang dah ajak Diya sertai awal-awal.Tapi disebabkan kali ni baru ada masa,saat-saat akhir baru sempat join.
Kerana Hang Tuah berbicara,
Takkan melayu hilang di dunia.
Sebelum tu,Diya nak berterima kasih sangat kepada Mr Zumal,penganjur Segmen Pantun Seloka ni sebab telah menghidupkan warisan melayu dengan cara yang lebih santai,menarik dan senang diikuti oleh generasi muda.
Ok lah.Disebabkan tema pantun untuk segmen ni ialah bebas ,jadi Diya cadang nak berpantun mengenai blog 'tauke' Segmen Pantun Seloka ni boleh? mengenai blog Zumal =)
Hari raya takbir bergema,
Adab bersalam penuh bersantun,
Ahmad Zu Mal Md Rayi pemilik nama,
Pengarah urusan segmen pantun =)
Di kala siang menanak nasi,
Lauk pauk santapan nan sihat,
Dunia Zumal blog informasi,
Juadah ilmu hidangan berkhasiat.
Sambil duduk bermain gitar,
Tali dipetik ditangan kiri
Warna hitam pilihan latar,
Disalut merah penaik seri.
Terdengar kicauan si burung kecapi,
Terbangnya menuju ke pohon pinang,
'Widget'nya kemas tersusun rapi,
Menyenangkan mata dihati senang.
Sungguh kemas jahitan baju,
Dibeli kakanda dari tanjung,
'Page loading' sangatlah laju,
Tiada gusar tika berkunjung,
Singgah di dusun mengambil nangka,
Dibuat jamu oleh pengamal.
Jumlah pengikutnya tiga angka,
Sangat setia menyokong Zumal.
Janganlah kecewa ,usahlah rebah,
Dengan usaha pasti tak muflis,
Semakin hari pengunjungnya bertambah,
Begitulah penangan Zumal si penulis.
Melancong ke Barat rai perayaan,
Sejuk menggigil disalut salju,
Entri ini saksi kejayaan,
Blog Zumal bertambah maju.
Tepian hutan harimau mengaum,
Awas berlindung dibalik rumpun,
Ramai pengunjung tak kira kaum,
Blog Zumal wadah berhimpun.
Pergi memancing membawa umpan,
Lautnya luas duduk di hujung,
Jemputlah tuan marilah puan,
Ke Blog Zumal kita berkunjung.
Emas bersalut hiasan di paip.
Si tukang besi orangnya mahir,
Sampai disini jemari menaip,
Sedih rasanya segmen berakhir.
p/s : Terjumpa pantun merepek ni masa tengah cari kata-kata Hang Tuah tu.hahaa
Pulau Hokkaido jauh ketengah,
Gunung Fuji bercabang tiga,
Hancur Raksaser di'fire' ,
UltramanUltraman yg baik dikenang jua
Sekian =)
Dayung perahu ke Pulau Jawa
ReplyDeleteSinggah sebentar di Pulau Pinang
Hebat pantunnya mengusik jiwa
Moga Diya salah seorang pemenang
Pergi ke Jepun mendaki Gunung Fuji
Mencari istimewa di negara orang
Terima kasih kerana memuji
Blog Diya juga tiada yang kurang
Gunung Ledang harus didaki,
ReplyDeleteNaik bersama si anak nyonya,
Insyaallah ada rezeki,
Moga Allah permudahkan segalanya.