MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

1622047_241627892686141_280465934_n
Hey hey there! Assalamualaikum semua..Ok lah ni merupakan kali pertama Diya masuk GA by Tengku Butang.Selama ni,asyik terlepas je.So kali ni,memang Diya tekad nak masuk juga sebab upcoming 28 February ni ialah birthday Tengku Butang!! Ohh jangan salah anggap ye semua.Bukan Birthday tengku Butang,tapi tuan(owner)  Tengku Butang =)

Wahh memang meriah sambutan birthday kali ni sebab berjaya menarik minat 100++ bloggers untuk menyertai giveaway kali ni.Syarat senang,hadiah best.Alhamdulillah =)


Macam mana Diya boleh kenal Tengku Butang 

Diya sebenarnya dah lama tahu + follow blog Tengku Butang. Alhamdulillah rezeki. Masa awal tahun (dalam January ) hari tu,Diya menang giveaway Mama Darwish.Kebetulan pula Tengku Butang yang sponsor untuk hadiah Diya.Dapat bedak tanaka = )

Baca sini : http://diyasesame.blogspot.com/2014/01/hadiah-tanaka-dari-tengkubutang-miaw.html


Mengenai Birthday Girl 





 Blogger dari Perak

 Tinggal di Kuala Lumpur

 Orangnya cantik

 Sangat sangat sangat sukakan kucing.Buktinya.

Twitter : Background + timeline kucing


Facebook : Selalu updated pasal kucing (yang ni Diya screenshoot lama dah :) )




Blog : Nama blog pun diambil sempena nama kucing birthday girl,Tengku Butang :)






 Ada dua ekor kucing.Satu Tengku Butang (yang stripes ) dan satu lagi yang putih gebu tu,Tengku Oyen :)  Masing-masing ada facebook.Cute sangat =)

Add la diorang kalau nak berkenalan dengan pasangan couple of the year ni, Tengku Butang dan Tengku Oyen.Hehe

lawak la


Ucapan Buat Birthday Girl 


Selamat Hari Jadi buat pemilik blog Tengku Butang.Semoga panjang umur ,murah rezeki dan terus berjaya dalam semua bidang terutamanya dalam bidang blogging sebab kalau tak kerana blog, tak mungkin kita dapat apa yang kita ada sekarang. Alhamdulillah birthday girl pun berkongsi rezeki yang sama dengan Diya dan semua orang.Rezeki yang tak ternilai harganya kalau kita beli dengan wang,iaitu persahabatan walaupun dalam dunia maya 

Keep on moving with blog Tengku Butang ! You are the kindest and the most supportive blogger i've ever met.One more,jangan lupa minum ephyra! (ehh tiba-tiba je :P Klik sini

May you get the best in life. Life is a huge stage. And you will give the best performance, I am sure. You will win every possible opportunity that comes your way: Happy birthday to you!


May Allah bless you :) Doa sempena ulang tahun



T
erima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


E
ngkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


A
mpunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


D
alam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Y
a Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Y
a Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


T
erima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


T

erimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.


A

min Ya Rabbul Alamin





Finally,ni Tengku Butang  nak wish HAPPY BIRTHDAY!! kepada tuan dia.Semoga panjang umur dan murah rezeki =) 

(jumpa gambar kucing yang iras dengan Tengku Butang :D )


Let the bird of happiness sing for you every day and night Tengku Butang!



2 comments:

What do you think? Leave a comment :)