Tips Atasi Jerawat Semasa dan Selepas PMS

Hey hey there! Salam semua.Rasanya ada yang tahun dan tak tahu kan apa itu PMS? 

PMS adalah singkatan dari  Premenstrual Syndromesebuah sindrome yang timbul ketika wanita mendekati masa datang bulannya. Gejala-gejalanya biasanya berhubungan dengan masalah fisik dan emosional. Menurut penelitian, ada sekitar 200 gejala yang dikaitkan dengan PMS, tapi biasanya gejala yang paling umum adalah badan jadi sensitif, mood yang buruk, dan jadi mudah stress.


Jerawat dan PMS

Ketika haid, akan ada peningkatan dalam hormon androgen yang mencetuskan kelenjar sebum yang lebih aktif / minyak. Jadi, jerawat akan timbul disebabkan oleh pengumpulan sebum bercampur dengan tanah dan kemudian dijangkiti oleh bakteria P-jerawat

Cara Atasi /Tips Semasa PMS



  1. JANGAN SENTUH jerawat anda
  2. Hilangkan toxin dengan minum sekurang-kuranya 8 gelas air sehari
  3. Lakukan penjagaan muka seperti biasa
  4. Tidur atas bantal yang bersih
  5. Awasi pemakanan dengan kurangkan pemakanan tepung halus,gula,makanan diproses,kafien, alkohol, susu dan glutten.



Cara Atasi /Tips Selepas PMS



  1. Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  2. Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  3. Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  4. Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  5. Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  6. Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  7. Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  8. Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  9. Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  10. Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  11. Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.







3 comments:

  1. selalunya jerawat pms akk barkan je hilang sendiri lepas habis period...

    ReplyDelete
  2. kulit akak jenis ok kot.sebab Diya mmg teruk stiap kali pms =(

    ReplyDelete
  3. assalam .. akak pun macam tu jugak.. jerawat hanya naik waktu period dan kesan dia , sampai datang period sekali lagi pun belum tentu hilang bekas sebelumnya..huhuhu... sekarang amalkan ambik ESP je sebab bekas/parut yang susah nak hilang mungkin disebabkan badan kita yang kekurangan protein.
    http://azlinahamdanstory.blogspot.com

    ReplyDelete

What do you think? Leave a comment :)